Followers

Wednesday, June 30, 2010

Sepetang tanpa bekalan elektrik......

Hari ni kali ke2 area umah aku tak ada bekalan elektrik..bukan mengejut,tp dah diberita awal.TNB wt kerja-kerja naiktaraf...Kali pertama 24hb hr tu...So bila dah bagi tau kita leh bersiap sedia lebih awal..mana nak tuju,sementara bekalan elktrik terputus..1st time bekalan elektrik terputus aku anak beranak lepak Tesco...minggu ni,aku tak lepak Tesco coz tak ada barang nak beli...Aku bawak anak2 g playground kat area Ayer Keroh.

Playground saya yang punya!!!!
I'm free......,
Si comel yg susah nak bergambar....
Hanya Nabil dan Naufal saje di playground!!!!

Detik hati:- Khamis ni tak ada letrik lagi...apa aku nak buat??


Saturday, June 26, 2010

Begedil Simple Dimple

Hari ni mmg dah buntu..dah tak tau nak masak apa.Tetiba tgok kentang,dapat idea...wat begedil jer la.Barang dlm peti sejuk pun cukup nak buat begedil.Simple bangat...Nak kongsi resipi..tapi tak detail coz wt guna anggaran sendiri...just untuk rujukan jer..Layanzzz....

Taraaa......begedil

Bahan2:-
Kentang...(semestinya....)
Bawang putih&merah(ditumbuk)
Daging kisar
Daun sup
Lada hitam

Sedikit garam...
Telur untuk salutan begedil &
Minyak untuk menggoreng...

Hari ni terajin dan terlebih berani lak nak mencuba...Jengah sikit dalam oven....
.
.
.
.
.

Cak!!!!Cream Puff..resipi lain hari yer..


Detik hati:- Boleh gak aku masak,cuma takut nak mencuba jer....

Tuesday, June 22, 2010

Penang Char Kuey Teow


Resipi ni saya ambik dari Myresipi...resepi dari Che'iza sbb tgok ramai yang dah mencuba resipi ni rata2 sangat2 puas hati...So,mmg betul cubaan pertama buat "Char Kuey Teow" ni menjadi...actually resipi ni dah ada dalam simpanan dah lama..semalam baru datang keberanian diri nak wt....Tq pada yang empunya resipi....

Untuk Paste:-
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula (saya tak guna gula ni...atas nasihat mak saya...)

Untuk Mee:-
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara:-

Untuk Paste:-
1.Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

2.Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Untuk Mee:-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

2.Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh.....

Thursday, June 17, 2010

DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA!!!

N3 ni cuma nak luahkan rasa gembira yang amat sangat coz bil elektik bulan ni tak payah bayar..dapat la jimat sikit..Kalau tahun lepas kira pecah rekod lah jugak,hampir setahun lebih gak la aku tak payah bayar bil elektrik...Cuma awal tahun hari tu bil elektrik umah naik mendadak...Ambik ko!!!bila dibiayai oleh kerajaan kemain suka macam kanak rebina...bila dah kena bayar wat muka kompius....

Bil bulan April hingga Jun...April seratus lebih....
Bil bulan June...tak perlu bayar...

Kata hati:-mintak2 bulan Julai jgn la dia naik mendadak plak...


Wednesday, June 16, 2010

Doa untuk anak!!!

Pagi ni sambil menghapdet blog untuk n3 besday anak,aku wt ziarah blog ke blog..tp tak tinggal jejak..ziarah punya ziarah aku dpt satu n3 ni..so pada tuan empunya tima kasih bebanyak..dah lama mencari panduan ni...Sejak jadi mama ni kalau leh untuk anak-anak nak yang terbaik...Panduan ni saya dapat dari blog Ann

1) Bacakan doa di atas kepala anak, hembus di kepalanya, ubun-ubunnya atau jantungnya insyaallah anak tidak degil.

2) Al-Fatihah sebagai satu senjata utk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

3) Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.

4)Surah Alam Nasyrah. Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

5) Surah Adh-Dhuhaa 1-5. Untuk anak yg malas sembahyang, degil, suka bergaduh & tension. Inilah surah utk anak menjadi solehah & soleh, lembut hati & dengar nasihat.

6) Doa Nabi Daud, "Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud".

7) Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".

8) Doa Manzzill - kombinasi ayat Al-Quran yg telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.

9) Doa inilah sebagai senjata paling berkesan yg akan mengukuhkan iltizam kita & mudah menarik rahmat serta hidayat Allah supaya anak2 kita menjadi hebat.

"♥Happy Birthday Muhamad Ameer Naufal♥".....

N3 ni khas untuk anak kedua merangkap anak bongsu(wt masa ni la...)Pada tarikh 16June2008, jam 12.16am dan berat masa lahir 3.5kg...Pejam celik..pejam celik cepat benar masa berlalu.Dah 2tahun dah anak mama...


Doa mama untuk anak mama....

"Semoga Naufal jadi anak yang soleh,dengar kata mama dan ayah,jadi anak yang baik untuk mama dan ayah...semoga Naufal sentiasa dibawah lindungan dari-Nya..Amin..."

Friday, June 11, 2010

Demam Piala Dunia dah kembali......




Demam Piala Dunia dah melanda kembali......nampaknya pas ni sang suami dah mula menjadi pakguard la...Keselamatan rumah dah tak perlu dibimbangkan sepanjang demam Piala Dunia ni......Kata org semuanya kerana bola la..