Followers

Friday, March 18, 2011

Man Juara RAJA LAWAK5

Raja Lawak musim ke5 dah melabuhkan tirainya...
Man telah dinobatkan sebagai JUARA musim ke5,
Manakala NAIB JUARA jatuh kepada R2,
Dan tempat ke-3 BALAS...
Tahniah kepada mereka ini....

*
*
JUARA RL5

Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim
Nama Tipu: Man
Umur: 33
Asal: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Kerani
Pengalaman: 5 tahun berturut turut pergi ujibakat Raja Lawak
Kebolehan selain melawak: Menari, menyanyi dan berlakon
Pelawak kegemaran: P.Ramlee kerana dia serba boleh

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Selain untuk mengubah nasib, saya ingin mengenali perwatakan diri sebenar dan keluarkan kebolehan yang ada

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda? Spider
man. Boleh tengok suasana indah dari tempat yang tinggi

Apakah cita cita anda sewaktu kecil: Ingin berjaya dan sukses dakam hidup
Bila anda mula menyedari kebolehan melawak? Selepas sekolah dan bila lepak ramai ramai di kedai mamak

NAIB JUARA
Nama Kumpulan: R2
Nama Sebenar: Rahim Bin Mat Ali, Ridhzuan Bin Mat Ali
Nama Tipu: Aim, Lopez
Umur: Aim (40), Lopez (21)
Asal: Klang
Status: Aim (Berkahwin), Lopez (Bujang)
Pekerjaan: Aim (Penyelia), Lopez (Pembantu Operasi)
Pengalaman: Aim: Soalan terlalu general, malu nak cerita
Lopez: Pengalaman cinta? Hehehe...

Kebolehan selain melawak: Menyanyi. Setakat ada bunyi jelah, kalau bagus dah lama masuk AF
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki dan Harith Iskandar. Stand Up komendi yang bersahaja

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat dan ingin melihat sejauh mana bakat ini boleh pergi dan Raja Lawak adalah platform yang baik

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?: Tak kira hero yang mana. Asalkan boleh terbang. Rimas sangat dengan keadaan jem yang teruk sekarang ini.

Ke-3

Nama Kumpulan: Balas
Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad, Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar
Nama Tipu: Fendi, Shuk
Umur: Fendi (25), Shuk (24)
Asal: Pulau Pinang
Status: Bujang
Pekerjaan: Fendi (Berniaga), Shuk (Belajar)

Pengalaman: Lemas dalam kolam cetek (Shuk) Selamatkan Shuk yang lemas tadi (Fendi)

Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar (Shuk), Menukar siaran TV dengan pantas (Fendi)

Pelawak kegemaran: Stephen Chow. Kerana idea lawak yang lain daripada yang lain

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda? Ultraman


**info kredit to murai.com.my

Tuesday, March 15, 2011

Edit dengan Photoscape

Cubaan pertama saya mengedit gambar...
Masih dalam proses nak belajar...
Masih zero lagi dengan PhotoScape ni...
Dan,
Bila tak ada keje ada jer benda baru nak dicuba...
Ini lah hasil dari try n error...
Tu pun puas jugak menggodek PhotoScape ni...
Kalau yang dah terror pasti ada banyak kesilapan..
Tapi yang amatur macam finas ni...
Dah kira ok la....

Pic 'Cici' sebelum di edit
.
.
.
.
.
.
.
.

Selepas di edit....

Detik hati:- Orang lain dah lama edit mengedit ni...finas baru jer nak belajar...ketinggalan kan...hihiih....

Monday, March 14, 2011

Laksa Johor air tangan My Mum

Hari Sabtu kerja bW blog masakan...
Melayan tekak kononnya....
Ternampak lak Laksa Johor....
Dah teringin lak..
Sib baik My Mum ada kat sini...
So,bukan Finas yang buat okey ...
Mintak tolong My Mum yg masakkan....
Seronok bukan...
Jom jamu mata ngan gambar yang ada...
hihiihihi...kejam lak tiba2...

Siap untuk di makan....
Pencuci mulut...Finas tak makan pun...

Detik hati:- Kalau orang tua tu bersilat di dapur sekejap jer jadi..kalau finas ntah bape jam baru pat makan...Ntah2 minggu pan pun tak siap...sebab malas...