Followers

Thursday, November 29, 2012

Rindu.....

Rindu rasanya nak berblog,sekarang banyak jadi silent reader jer.Tanpa meninggalkan jejak.Keadaan sekarang tidak mengizinkan saya berblog sangat.Kekangan masa yang melampau.Masa yang ada memang terlalu berharga kerana perlu dibahagikan dgn macam-macam urusan dan tugasan saya sebagai seorang mama,isteri dan anak.Dan keadaan ini juga disebabkan oleh...........
.
.
.
.
.
Si kecil ini semakin besar dan pandai menjerit,setahun sudah..
Abang-Abang yang semakin membesar & pandai bawa diri..

Kalau boleh nak jadi Super Mama yang boleh buat kerja dengan pantas.Bila anak kecil semakin membesar memang agak kucar kacir sikit keadaan nya.Kerana mood budak ni tak leh dijangka,waktu tidurnya pun tak tentu.Kalau nak tidurkan sikecil memang berposak,jangan ingat lepas bf dia nak tidur.Time tu Tuhan jer tahuperasaan mama ini..huhuhu....Tapi saya tetap bersyukur kerana keutamaan saya tetap diutamakan.Kalau ada rezeki dan bila si kecil ni semakin besar mungkin keinginan ini boleh di sambung kembali.Kerana sekarang bukan sahaja tertumpu pada sikecil ini sahaja tetapi pada 2abang si kecil yang akan bersekolah ditahun hadapan.Keadaan semakin mencabar.Kerana saat-saat ini memang berharga kerana ianya tidak dapat diputarkan kembali kalau kita mengabaikannya.Ada rezeki ada masa saya akan kembali... :)