Followers

Sunday, December 15, 2013

15.12.13 - 45hari

Alhamdulillah,selesai sudah berpantang saya untuk anak yang ke4 ini.Pantang kali ni mmg tak cemerlang sangat(sebelum ni cemerlang sangat ke????hahahahah...) Lepas ni bermula la rutin supermama beranak 4. Harapnya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lancarnya. Dapat membahagikan masa untuk suami anak4 dan diri sendiri.Amin....

Thursday, December 5, 2013

Sudah 34hari.......

Sudah 34hari berpantang
Ada 10hari lagi nak menempuh hari BERPANTANG....
44hari nanti boleh kata dah berpantang dengan JAYAnya(berjaya la sangat!!) ke???
Usah nak berangan...
Adatlah berpantang...
Biasa la kalau berpantang...minggu pertama,kedua mmg boleh bertahan
Masuk minggu ketiga dah lemau...
Janji dapat jaga diri dengan baik dah dah sembuh sepenuhnya...
Sebab lepas ni ada tanggungjawab perlu dilaksanakan...

Monday, December 2, 2013

Hadiah dari Hospital

Tempoh bersalin sudah masuk 33hari...weehooo(lompat bintang!!)Tapi hari ni baru nak hapdet barang apa yang Finas dapat masa balik dari hospital hari tu.Seperti biasa ada buah tangan (sample)yang dibawa pulang.Kalau sebelum ni bersalin 3orang anak cuma dapat satu beg sahaja.Tapi bersalin kali ni dapat 2beg gitu.Satu dari Mamababyworld Sdn Bhd(seperti biasa) dan lagi satu dari Baiboo.Kalau nak dapat beg dan barang sample banyak-banyak macam ni kena menambah ahli keluarga setiap tahun(Xpe la,cukup2 untuk buat masa ni...)

Ada sample dari Johnson's&Johnson's,Drypers & Petpet

Ada Minyak Yu Yee,sudocrem,Mamypoko pant etc..

Apa pun terima kasih pada yang memberi.Bersalin 4anak di Hospital Melaka membawa pengalaman dan cerita yang berbeza.Tapi layanan yang diterima semuanya memuaskan hati.Kalau ada kekurangan pun sedikit.Kekurangan disana ditambah dengan kelebihan disini.So,seimbang semula.....hihihihh...

Wednesday, November 6, 2013

Alhamdulillah.....our 4th edition

Alhamdulillah
Penantian selama 5hari berakhir juga
Pada 1 Nov 2013, jam 3.05pagi baby boy seberat 3.5kg selamat dilahirkan
Baby yang sangat suka duduk dalam perut mama ni pilih nak keluar pada pagi Jumaat 
Dan hari ni dah 6hari baby bersama kami
Semoga anak ini menjadi anak yang soleh...

Monday, October 28, 2013

Menunggu Hari.....

Bismillah...salam,

Minggu ni saya dah masuk 38w+,hari yang ditunggu semakin hampir walaupun saya sendiri tak tahu bila la hari besar itu.Harapan dan doa saya harap semuanya dipermudahkan olehNya.Hanya padaNya saya berserah.Doakan segala urusan saya dipermudahkan olehNya yer.Walaupun dah ada pengalaman bersalin 3orang anak tapi perasaan berdebar pasti ada.Sebab setiap anak ada cerita dan pengalamannya sendiri.

Sabar menanti our 4th edition.Dan apa yang lain kali ni saya buat kali pertamanya akan berpantang di Melaka memandangkan anak-anak dah bersekolah.Macam manalah keadaannya nanti yer.Apapun masih bersyukur sebab mak ada disini membantu segala urusan saya nanti.

Monday, September 2, 2013

Rak bertingkat Brottby by IKEA

Dah lama mencari rak bertingkat yang sesuai untuk letak microwave dan oven. Akhirnya dapat juga. Walaupun bukan rak solid wood tp kira ok la. Dapat  juga akhirnya. Jenis rak bertingkat Brottby dari IKEA. Harga cuma RM149 sahaja. Buat masa ni tunjuk seblm letak barang yer... Kalau dah susun barang kita share yer..

Rak 4tingkat dan ada laci dibahagian bawah...

Tuesday, August 27, 2013

3 ubat cuma RM1 sahaja..

Semalam aku ada bagitahu aku kena sakit mata kan. Ada juga try google petua nak hilangkan sakit mata ni. Tapi kurang berani nak cuba memandangkan faktor berbadan dua ni.Tak mo ambil risiko.Sebab bila berbadan dua ni antibodi memang kurang dari biasa.

Pagi tadi aku ambil keputusan untuk pergi ke klinik komuniti untuk mendapatkan rawatan. Kalau cerita bab menunggu memang la agak lambat sedikit. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang agak berbaloi. Sebab dengan nilai wang RM1 sahaja aku masih boleh dapatkan rawatan yang bagus dan juga 3 jenis ubatan yang berbeza(ubat sapu,titis dan pil). 

Ubatan yang diperolehi

Monday, August 26, 2013

Bila anak bersekolah-.: Stationery:.

Tiba-tiba datang mood nak hapdet. Okey nak share dengan korang tentang bila anak bersekolah. Yang belum ada boleh la buat rujukan dan persediaan. Tak ada la bila anak dah bersekolah korang terkejut. Sebab masa mula-mula anak aku bersekolah agak terkejut dan terkedu juga. Apa taknya bila nak susun buku mesti kita nak check pencil box kan. Bila aku check agak terkejut dan urut dada juga la. Barang dalam pencil box tak ada. So,apa yang korang perlu ada bila anak dah bersekolah ialah stock stationery.Macam stock stationery pejabat gitu.Wajib ada!!!!Sebabnya tiap hari alat tulis yang kita sediakan akan berkurang atau tak ada langsung dalam pencil box diaorang. Antara barang yang perlu ada dalam simpanan korang ialah:-

Himpunan stock stationery

Pembaris
Pemadam
Pensil

Tapi korang tak payah risau la,sebab dalam banyak-banyak orang aku survey adalah normal bila barang anak kita kurang atau tak ada langsung. Budak sekarang tak macam zaman kita kalau dapat barang jaga. Kalau hilang sedih. Dia orang bila kita tanya mana barang awak,dia orang jawab tak tahu atau tak ingat. So ini adalah 3barang wajib mesti ada. Macam aku bab pengasah pensil mmg tak bagi bawa pergi sekolah. Sebab satu masalah bawa pengasah ni ialah kalau pagi kita bekalkan pensil yg tajam dan panjang,tapi bila balik sekolah pensil dah kontot..

Psssstttt:- Ni baru stock stationary basic...lum citer bab pensil warna.

Sunday, August 25, 2013

Sakit mata untuk kali ke-3

Yuhu...apalah nasib yer asyik kena sakit mata ni.Biasa org kena sekali je dah tak kena lagi.Tapi saya kena untuk kali ke-3.Last kena masa mengandung anak ke-2 tahun 2008.La ni kena time mengandung juga.Risau kalau lambat baik macam masa mengandung lepas.Sampai kena rujuk pakar nak buang selaput yang dah kena jangkitan tu.Baru la sakit mata tu baik.Merana dan terseksa time tu.

Teringat pula masa check up last week siap bertentangan dengan satu apek n nyonya yang mata tengah merah menyala.Adakah dia penyebabnya.Tak baik korang tau sebarkan virus tu dekat ibu mengandung.Sedey ko...

Pssstttt.....aku pun gatal siap berdetik dalam hati.Uik,merah mata ko.Jangan jangkit kat aku dah.Rasakan.....


Saturday, March 23, 2013

Ameer & Ayra,demam HFMD

Ahad lepas Ameer mengadu demam dan sakit kepala,ingatkan dia main-main sebab esok dah nak sekolah.Biasalah nak skip pergi skol la ni.tapi bila dia mengadu sakit kepala tu agak cuak gak sebab risau sebab takut dia kena denggi lak.Tapi bila cek suhu memang suhu tinggi,38.4 degree.Suhu tinggi padan la mengadu sakit kepala.So sambil jaga dia aku ni rajin sikit cari info dr en google.Dan aku jumpa maklumat HFMD yang sangat related dengan sakit Ameer.Bintik-bintik merah, ulser dalam mulut cuma bezanya bintik-bintik merah dia takada la sampai ada gelembung air.

Esok,Encik Hubby bawa Ameer cek kat klinik kesihatan,tapi yang tak bestnya doktor tu kata anak aku bukan kena HFMD.Tapi jangkitan kuman.Uiks...doktor ni biar betul , sebab bila search dan tengok simptom-simptom nya adalah sama.Aduyaiiii...takkan kena kuman sampai leh ada ulser penuh dekat area anak tekak.Ok lah tak nak lawan cakap doktor yang lebih berpengalaman.Tapi bila dah tengahari bintik-bintik merah tu makin ketara dan ada gelembung air.Bahagian pipi bontot paling seram tengok sebab bintik-bintik paling banyak tumbuh area situ.Tapak kaki memang cantik la time tu.Encik Hubby ada pergi ke tadika KEMAS nak bagitahu cikgu dia Ameer tak dapat datang sekolah sebab tak sihat.Time tu cikgu ada bagi tahu yang ada kawan dia pun kena macam dia.Sah lah anak aku ni kena HFMD dari sekolah.Dan pada masa ni Ameer adalah budak ke4 yang kena. :(

Dan pada hari Rabu adik Ameer,Ayra pulak demam dengan tiba-tiba.Suhu pulak mencecah hingga 39.4 degree.Ingatkan demam biasa nak tumbuh gigi.Tapi agak pelik bila cek suhu tinggi.Tampal cool fever dekat dahi dan bawa check ke klinik.Time kat klinik masuk ubat bontot je la yang terbaik sebab nak turunkan suhu dia.Time tu memang tak jangka dia akan kena HFMD macam abang dia.Sebab time tu tak ada tanda bintik-bintik pun.Tapi malam Jumaat dia dah bantai mengamuk.Yelah budak kecil yang berumur setahun lebih dan belum pandai cakap macam mana nak mengadu,paling kuat dia akan cakap "akit akit....ayah akit akit..." Bila kenang balik sangat sadis la aku ni, sebab kurang peka ke tak peka dekat anak.Entah la.....Dan petang ni simptom-simptom HFMD telah menampakkan dirinya pada Ayra.Adus,poor Ayra sebab dalam usia yang kecil terpaksa menangung sakit ni,esp ulser yang banyak dalam mulut.Aku pula tak tahu nak bawa Ayra pergi ke klinik lagi ke tak.Sebab sebenarnya HFMD ni memang tak ada ubat/penawar.Yang penting kebersihan adalah utama,dan pengasingan anak tu adalah perlu.Cuma kalau kita lihat anak kita tak aktif dan lemah,anak perlu dimasukkan ke hospital.

Dari pencarian aku tentang HFMD,simptom-simptom yang ada ialah:-


-Demam Tinggi. 
-Penat dan lemah.
-Tidak mahu makan dan kurang kencing.
-Bernafas kencang.
-Muntah-muntah.
-Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
-Sawan

Dan dalam list di atas kebanyakkan ada pada Ameer dan Ayra.Cuma kencang bernafas, muntah-muntah dan sawan je tak ada.Tapi Ayra hampir nak kena sawan juga...So pada mama-mama yang ada anak kecil ubat bontot ,ice gel@cooler pack wajib ada dirumah.Tak pun kena sparekan cool fever.Memang sangat berguna pada waktu kecemasan macam ni.

Pssssttt :- Bila musim tak sihat melanda,bukan anak je yang tak sihat mama dia pun tak sihat juga.Tapi bila mama kena gagahkan diri kerana anak2....Panjang pulak celoteh hari ni.

Tuesday, February 26, 2013

Aktiviti hujung minggu

Cuti minggu lepas sempat bawa Ayra pergi playground.Kebetulan abang-abang dia balik rumah Pakwe di Muar.So cuti hujung mingg lepas melayan kerenah seorang jer.Kalau biasanya melayan 3 kerenah,memang memenatkan....Biar gambar yang ceritakan....
wajah-wajah puas


  



Yang paling best balik dari aktiviti luar ni Ayra memang tidur lama la.Kalau tak memang dia susah nak tidur siang.Kalau dah susah nak tidur siang apa kerja pun tak leh dibuat dengan lancar.Kalau tiap-tiap hari dapat buat macam ni memang senyum meleret la mama dia,tapi sapa nak melayan dia tiap-tiap pagi nak pergi playground?....errrmmmm

Monday, February 25, 2013

Homemade Playdough

Nak try buat playdough sendiri tak?Kat sini Finas nak share cara dan bahan nak buat homemade playdough.Cara ringkas dan bahan yg mudah diperolehi dirumah kita.Masa membuatnya pun tidak la terlalu lama.Anggaran masa kurang lebih x sampai 30minit.Jom kita check list bahan dan cara dia...


Resepi Playdough:-
* 1cawan tepung gandum
* 1cawan air
* 1/2 cawan garam(finas guna garam halus)
* 2sudu besar minyak
* 2sudu teh cream of tartar
* pewarna makanan

Cara membuatnya:- Campurkan kesemua bahan kedalam periuk kemudian panaskan atas api.Masak dan kacau sehingga adunan menjadi seperti "mash potato".Padamkan api dan bahagikan playdough kepada beberapa bahagian mengikut warna kegemaran anak-anak.

korang leh gak refer resepi n cara dari blog Mama Homeschool

Mudahkan....part nak mewarnakan tu mesti anak-anak seronok nak join sekali.Berbaloi buat sendiri.Dengan bermain playdough ni sebenarnya dapat meningkatkan fine motor skill anak kita.