Followers

Tuesday, June 22, 2010

Penang Char Kuey Teow


Resipi ni saya ambik dari Myresipi...resepi dari Che'iza sbb tgok ramai yang dah mencuba resipi ni rata2 sangat2 puas hati...So,mmg betul cubaan pertama buat "Char Kuey Teow" ni menjadi...actually resipi ni dah ada dalam simpanan dah lama..semalam baru datang keberanian diri nak wt....Tq pada yang empunya resipi....

Untuk Paste:-
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula (saya tak guna gula ni...atas nasihat mak saya...)

Untuk Mee:-
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara:-

Untuk Paste:-
1.Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

2.Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Untuk Mee:-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

2.Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh.....

1 comment:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam ziarah dan kenal.

lama tak makan char kuey teow ni..