Followers

Friday, November 4, 2011

Marathon PASTA....

Dah lama tak buat kerja macam ni...
Rasanya last buat 10tahun lepas....
Gara2 "PASTA" ,sanggup melayan...
Sapa nak buat kerja macam saya meh terjah....
*
*

psssttt:- Jangan lupa register sebelum tengok...

Wednesday, October 26, 2011

MERDEKA!!!!

Tajuk gempak...
mana taknya MERDEKA dah lepas...
tp tajuk MERDEKA...
MERDEKA ni bukan untuk negara kesayangan hamba
tp untuk diri ni yang dah MERDEKA dari tempoh berpantang....
oleh kerana tempoh berpantang Finas last semalam...
hari ni satu MALAYSIA Finas bg cuti...
hahhhahha...(gelak jahat...perasan sudah...)
kebetulan cuti DEEPAVALI yer...

Sunday, October 23, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU YASMIN HANI

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Yasmin Hani dan pasangan
Dengan sekali lafaz Yasmin sah menjadi isteri kepada Sha'arin Razali
Lagi cerita tentang majlis pernikahan Yasmin Hani

Friday, October 21, 2011

Ayra-1month

Ayra (1month)

Baby saya sudah 1bulan
Saya lak dah tak sabar nak habiskan tempoh berpantang
Lepas habis pantang nnt nak buat photoshoot dgn anak lak...

Monday, October 17, 2011

2 in 1

Ringkas tapi ada maksud tersirat...
So,renung-renungkan lah.kita yang mana????

Sumber dari fb member

Sunday, October 16, 2011

BAHAGIA

Hujung minggu yg bahagia..
Sebab Hubby balik kampung menjenguk saya dan anak² di kampung

pic cilok dr fb kawan hubby...

Bujang sementara saya berpantang dikampung ye..minggu depan balik lagi yer

Saturday, October 15, 2011

Menu ketika PANTANG

Sebelum tempoh berpantang saya habis nak review sikit menu² dalam pantang saya..Nak share apa yang saya makan ketika dalam pantang.Tapi tak ada la semua menu yang dapat di review sbb ada antaranya tak sempat nak snap,ada juga menu yang sama diulang².
Nasi putih(mesti isi banyak sbb tak leh nak tambah,tu petua org dulu²)
Menu yang akhir ni menu baru,sebab mak saya olah sendiri,campuran barat dan asia...

Detik hati:- Makin nak habis pantang selera nak makan nasi dah tak ada.....

Berpantang...10hari lagi

Alhamdulillah diam tak diam dah 34hari berpantang
Tinggal lagi 10 hari tempoh berpantang,
10hari lagi maka..MERDEKA!!!
Habis berpantang satu MALAYSIA kasi cuti...hihiihih...

psttt :- Kebetulan lak satu MALAYSIA cuti time tu...

Friday, October 14, 2011

PASTA...terjebak sudah!!

Dalam menghitung hari nak menghabis kan tempoh berpantang...
Memang agak mencabar...mencabar dari segi fizikal dan mental...
Dengan makanan yang menunya pusing2 benda yang sama,
Aktiviti pun agak terbatas,nasib baik ada medium lain yang boleh dihadapkan...
wargh...medium apa kah itu???
Internet dan tv le..kalau idak ada benda ni mahu sangap!
Di akhir2 tempoh berpantang saya sudah terjebak....
tapi bukan terjebat dengan makanan ini.....
Kata nama yang sama tapi cerita yang berbeza...

boleh ker berpantang makan makanan ini....pasta..sedap gak
tapi saya terjebak dengan ini
*
*
*
*
*
*
*
PASTA ini ( Korean drama....)
wink...jatuh cinta kejap...
Gambar dari google

Jom kita pakat ramai2 mengadap depan tv....
Isnin-Jumaat ,5.00-6.00ptg

psttt:- suka dengan gaya orang korea berlakon..bersahaja.....

Tuesday, October 11, 2011

Keaslian HANDPHONE anda...

Apa yang anda tahu tentang handphone anda??Info ni saya dapat dari 'facebook' kawan.Mari kita cek keaslian handphone kita.Ini setakat info,harap dapat membantu yer...

Cara nak cek cuba masukkan nombor ni *#06# dan dail...
*akan keluar IMEI[International Mobile Equipment Identity]
*Semak nombor IMEI pada kedudukan 7&8
*contoh : 358671017470473, kedudukan ke 7 & 8 ialah 01

02@20 -> buatan CHINA (KUALITI RENDAH )
08@80 -> buatan GERMANY (KUALITI SEDERHANA)
01@10 -> buatan FINDLAND (TERBAIK)
00,03@04 -> KILANG ASAL (SANGAT BAIK)
13 -> buatan AZERBAIJAN (TIDAK BERKUALITI & MERBAHAYA)

Saya dah cek,anda dah cek??bile lagi.... :)

"sharing is caring"

Sunday, October 9, 2011

FANTAGHIROLYNN GIVEAWAY



Jom kita join GA Cik Lynn...
Tarikh tutup GA ni pada 1 November 2011
Kalau sapa2 nak join gak GA ni jom singgah SINI....
Kita meramaikan GA ni...

Dan yang bertuah akan dapat....
Selipar Angry Bird...dan yg tak bertuah jangan ANGRY2 yer...


28hari berpantang.....

Alhamdulillah sudah 28hari saya menjalani tempoh berpantang,Syukur semuanya berjalan lancar dan Baby Ayra pun tak ada banyak ragam.Cuma kekurangan susu kot...So kena lebih produktif untuk menambah pengeluaran susu.So,sekarang sedang mencari supplement yang sesuai untuk pengeluaran susu.Ada lagi 16 hari tempoh berpantang saya.Semoga semuanya berjalan lancar sehingga habis tempoh berpantang saya..Doa-doakan yer....

Niat dalam hati ingat dalam tempoh menjalani tempoh berpantang nak aktif berblog..Niat tinggal niat...tunggu yer post yang akan datang nak masukkan menu-menu yang kebiasaannya orang berpantang makan..So tunggu yer....

Thursday, September 29, 2011

Ayra Dan Tahnik....

Tahnik...

Tahnik/belah mulut biasanya dilakukan untuk bayi yang baru dilahirkan...Tujuannya tahnik dilakukan mengikut ulama adalah untuk menguatkan otot mulut dan membolehkan bayi itu menghisap susu dengan baik.

Alhamdulillah Ayra dapat juga di"tahnik"kan...
Acara tahnik ini memang tidak dirancang sama sekali.Sebab itu tida sebarang gambar saya ambil...(alasan).Masa hari discharges dari hospital kebetulan masa hendak masuk kerumah Ustaz sebelah rumah saya hendak keluar,dia sempat mengusapkan kepala Ayra sambil membaca sesuatu.Dari situ datang idea saya hendak menyuruh Ustaz Mansor men"tahnik"kan Ayra..

Mudah-mudahan doa dari mereka sedikit sebanyak dapat mendoakan kebaikkan untuk zuriat baru saya ini.....Amin....

Friday, September 23, 2011

Selamat Datang Ahli Baru....

Alhamdulillah dan Syukur kehadrat Illahi.....
Itu ayat pertama yang keluar dari mulut saya setelah selamat bersalin....
Akhirnya doa dan permintaan saya untuk mendapatkan seorang puteri dalam keluarga dimakbulkan olehNya....
Saya selamat bersalinkan puteri tunggal keluarga kami pd 12 September 2011@0737
Dan diberi nama Nur Ayra Sofea.....
Dan hari ni sudah 15hari anak mama melihat dunia.

puteri yang dinanti-nanti...

Saturday, September 10, 2011

BERDEBAR-DEBAR.....

Tanda2 orang baru nak melihat dunia dah ada...
Tapi lum ada "contraction"..
So takkan nak menyerah diri gie hospital yer....
Sebenarnya dah rasa cuak,takut...
Kumpul tenaga dulu la yer....
Tak per tunggu "contaction" lebih kerap baru gie hospital yer.....
Sebelum tu lepak2 dulu kat umah dulu yer...
Huhuhu........

Aidilfitri 2011

Ramai yang dah tepek gambar raya dia orang yer....
Tak moh ketinggalan nak tepek gambar raya juga,
Walaupun gambar raya nya yang ado jer...
Family kecil kami
Pengarang jantung....
Kami....
Sambutan raya + sambutan besday Aiman yang ke-5..

Actually raya kali ni simple2 jer coz tgh menunggu hari nak bersalin...
Masa tepek gambar ni pun sebenarnya dah ada tanda nak bersalin..
so,sebelum bersalin mau gak tepek gambar raya,
sebab lepas ni nak tepek gambar baby lak....
Doakan semuanya selamat yer....

Friday, August 19, 2011

Mode : Sakit....

Hari Jumaat.....Kalau orang yang bekerja mesti mode dia orang happy coz besok dah tak keje..Masa untuk lepaking bersama keluarga dan masa untuk shopping.Tapi mode Finas hari ni ialah.......
"selsema+sakit tekak = demam"

Risau sangat kalau demam atau tak sihat time peknan ni..sebab metabolisme badan tak kuat,so mmg makan masa nak baik la nampaknya.MAlam tadi jer dah berapa banyak air masak finas minum.Dengan makan Ricola lagi sbb nak baikkan perit tekak ni...

Tak per la..kata orang sakit ni penghapus dosa-dosa kecil kita ..Mudah2an terampun la dosa-dosa tu..Amin...

pssttt:- kalau tak sihat ni pape pun yang kita buat serba tak kena yer...

Friday, August 5, 2011

kembali lagi......

hye kengkawan...
dah lama rasanya tak post n3 baru yer,
last n3 masa awal-awal peknan hari tu...
sekarang pun peknan dah masuk minggu ke-36...
tinggal 4 minggu jer lagi...
tp kalau ikut scan dah macam2 tarikh yg ada...
paling awal 05092011...
raya ke-6 tu....
dah mula rasa takut gak ni...
doakan semuanya berjalan lancar n selamat yer...
ada macam2 story finas nak story-mori...
ini baru mukadimah setelah sekian lama tak buat n3..
sblm tu nak perkenalkan bakal ahli baru keluarga kami...
*
*
*
*
*
pic ni masa minggu ke-25...

pstt:- petang ni nak gie check minggu ke-36,pasni setiap minggu muka ni ada kat klinik la..

Tuesday, April 19, 2011

Sudah "BERSAWANG"

Pic tQ en.google

adus dah lama sungguh tak update blog...
dah bersawang bagai rasanya...
entah la....
mood dah ke laut sejak2 ni....
banyak benda nak kena uruskan....
sekarang ni kesuntukan masa....
mood blog datang cepat...
saya nak update apa ni...
huhuhuuhh.....

Friday, March 18, 2011

Man Juara RAJA LAWAK5

Raja Lawak musim ke5 dah melabuhkan tirainya...
Man telah dinobatkan sebagai JUARA musim ke5,
Manakala NAIB JUARA jatuh kepada R2,
Dan tempat ke-3 BALAS...
Tahniah kepada mereka ini....

*
*
JUARA RL5

Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim
Nama Tipu: Man
Umur: 33
Asal: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Kerani
Pengalaman: 5 tahun berturut turut pergi ujibakat Raja Lawak
Kebolehan selain melawak: Menari, menyanyi dan berlakon
Pelawak kegemaran: P.Ramlee kerana dia serba boleh

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Selain untuk mengubah nasib, saya ingin mengenali perwatakan diri sebenar dan keluarkan kebolehan yang ada

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda? Spider
man. Boleh tengok suasana indah dari tempat yang tinggi

Apakah cita cita anda sewaktu kecil: Ingin berjaya dan sukses dakam hidup
Bila anda mula menyedari kebolehan melawak? Selepas sekolah dan bila lepak ramai ramai di kedai mamak

NAIB JUARA
Nama Kumpulan: R2
Nama Sebenar: Rahim Bin Mat Ali, Ridhzuan Bin Mat Ali
Nama Tipu: Aim, Lopez
Umur: Aim (40), Lopez (21)
Asal: Klang
Status: Aim (Berkahwin), Lopez (Bujang)
Pekerjaan: Aim (Penyelia), Lopez (Pembantu Operasi)
Pengalaman: Aim: Soalan terlalu general, malu nak cerita
Lopez: Pengalaman cinta? Hehehe...

Kebolehan selain melawak: Menyanyi. Setakat ada bunyi jelah, kalau bagus dah lama masuk AF
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki dan Harith Iskandar. Stand Up komendi yang bersahaja

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat dan ingin melihat sejauh mana bakat ini boleh pergi dan Raja Lawak adalah platform yang baik

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?: Tak kira hero yang mana. Asalkan boleh terbang. Rimas sangat dengan keadaan jem yang teruk sekarang ini.

Ke-3

Nama Kumpulan: Balas
Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad, Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar
Nama Tipu: Fendi, Shuk
Umur: Fendi (25), Shuk (24)
Asal: Pulau Pinang
Status: Bujang
Pekerjaan: Fendi (Berniaga), Shuk (Belajar)

Pengalaman: Lemas dalam kolam cetek (Shuk) Selamatkan Shuk yang lemas tadi (Fendi)

Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar (Shuk), Menukar siaran TV dengan pantas (Fendi)

Pelawak kegemaran: Stephen Chow. Kerana idea lawak yang lain daripada yang lain

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda? Ultraman


**info kredit to murai.com.my

Tuesday, March 15, 2011

Edit dengan Photoscape

Cubaan pertama saya mengedit gambar...
Masih dalam proses nak belajar...
Masih zero lagi dengan PhotoScape ni...
Dan,
Bila tak ada keje ada jer benda baru nak dicuba...
Ini lah hasil dari try n error...
Tu pun puas jugak menggodek PhotoScape ni...
Kalau yang dah terror pasti ada banyak kesilapan..
Tapi yang amatur macam finas ni...
Dah kira ok la....

Pic 'Cici' sebelum di edit
.
.
.
.
.
.
.
.

Selepas di edit....

Detik hati:- Orang lain dah lama edit mengedit ni...finas baru jer nak belajar...ketinggalan kan...hihiih....

Monday, March 14, 2011

Laksa Johor air tangan My Mum

Hari Sabtu kerja bW blog masakan...
Melayan tekak kononnya....
Ternampak lak Laksa Johor....
Dah teringin lak..
Sib baik My Mum ada kat sini...
So,bukan Finas yang buat okey ...
Mintak tolong My Mum yg masakkan....
Seronok bukan...
Jom jamu mata ngan gambar yang ada...
hihiihihi...kejam lak tiba2...

Siap untuk di makan....
Pencuci mulut...Finas tak makan pun...

Detik hati:- Kalau orang tua tu bersilat di dapur sekejap jer jadi..kalau finas ntah bape jam baru pat makan...Ntah2 minggu pan pun tak siap...sebab malas...

Saturday, February 26, 2011

Peti Suara Rosak....

Bila peti suara tak rosak...
Wargh,dah macam mengajar kelas vokal gamaknya...
Kejap pitching rendah,kejap pitching tinggi....
Bila peti suara rosak....
Sunyi jer rumah..
Anak2 pun bagaikan berpesta...
Yerlah...mama dia tak leh nak gunakan pitching tinggi....
Sopan santun jer mama jadinya...
Bercakap dengan Encik Hubby pun bisik2...
Wargh,romantika diamour....
Cepat la peti suara ni baik...
Bukan tak sabar nak gunakan high pitching...
Baru terasa nikmat tu ditarik...
Walaupun seketika,sengsara lak rasanya...
Cepat2 la peti suara ni ok seperti sediakala yer....

Detik hati:- Air asam jawa dah cuba,gula2 dequadin pun sudah,ais krim vanila tak ketinggalan juga..tapi lum baik juga.Sakitkan dapat menghapuskan dosa2 kecil..amin...

Thursday, February 24, 2011

Daphne Iking Peluk ISLAM???



Masa layan FB,ternampak ada kawan post tajuk ni kat wall dia...
Terus perasaan ingin tahu tu timbul...

Sbb masa tgok ASA hari tu ada jugak dengar Daphne sebut InsyaAllah...

Dengan bantuan En.Google,saya pun meng"google"
Dan hasilnya dari Beautiful Nara saya ambil...

Wargh mmg betul Daphne Iking dah convert...

artikel ni saya ambil dari Beautiful Nara


Pic dari OhBulan...

Ingat lagi gosip yang menyatakan Daphne Iking menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini? Dalam entri tersebut Abang Nara mengucapkan tahniah sekiranya berita itu benar kerana ini bermakna Daphne Iking sudah memeluk Islam. Dan semalam semasa Anugerah Sri Angkasa 2010, jutaan rakyat Malaysia mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.

Adakah ini bermakna Daphne Iking sememangnya sudah benar-benar memeluk agama Islam? Abang Nara ada check Facebook Daphne Iking tapi sayangnya Daphne masih tak memberi jawapan mengenai persoalan ini. Harap-harap Daphne terbaca entri ini dan mampu memberikan satu jawapan kepada ramai peminat beliau.

Kalau betul, bertambah lagi lah bilangan umat Islam. Abang Nara mengalu-ngalukan kedatangan Daphne Iking selaku saudara baru. Semoga segala urusan Daphne dipermudahkan.

Thursday, February 17, 2011

bleeding.....

ptg ahad membuatkan hati n perasaan finas sgt risau dan fobia...
bukan apa,bila awal pregnant ada bleeding...
mengingatkan finas tragedi awal tahun lalu...
tak mahu kisah itu berulang kembali....
kesnya sama jer,sbb bleeding pada usia kandungan sekitar 8-9minggu...
tak sabar rasanya nak tunggu pagi isnin...
nak jumpa doktor n scan untuk pertama kalinya...
pagi isnin lepas hantar anak kesekolah segera ke klinik untuk buat pemeriksaan...
alhamdulillah...pas jumpa doktor n setelah scan yg pertama kalinya dilakukan...
keadaan baby ok2 ajer...n heartbeat dia pun dup...dup..(kencang gitu..)
dah bergerak2 bagai melabai2 mama dia disini...
hehehe...jakun jap,padahal megandung anak yg ke3...
yg tak ok mama dia jer..
rupanya ada berlaku koyakkan kecil pada dinding rahim finas...
agak risau gak kalau koyakkan tu merebak ianya akan membahayakan baby gak...
tp doktor ada bagi ubat untuk kuatkan rahim untuk membantu kandungan finas...
hopefully check-up akan datang semuanya kembali normal...
dan dinding rahim tu dah pulih sepenuhnya...
amin....

dan ini yg dibekalkan oleh doktor...UTROGESTAN(100mg)
pic from google

Sunday, February 13, 2011

Journal....

comeykan kalau dapat buat mcm ni..cuma perlu kreatif jer...
mcm ni pun cantik gak.....
pic from googles



Tetiba hati ni meronta2 nak buat journal....
Naper masa mengandung 2anak sebelum ni tak penah terpikir nak buat??
Sebab sebelum ni tak pernah terpikir&tak pernah tahu benda2 ni semua...
Rasanya masih lum terlewat kalau nak buat....
Hopefully...niat murni ni berjaya...
Mungkin 2org abg ni saya masih leh buatkan journal dia jugak..
Just perlu sedikit kreatif dan rujukan....

Detik hati:- hope niat murni ni berjaya hendaknya...ideas pls....

Friday, February 11, 2011

9 week

Minggu ni kandungan saya dah masuk minggu yg ke-9....
Dan bulan ni juga adalah bulan dugaan bagi saya...
Sebabnya....
Dugaan menanggung "morning sickness".....
"morning sickness" yg ditanggung bukan diwaktu pagi,tp tanpa mengira waktu....
Tapi saya kena redha....
Jom kita tengok pada minggu ke-9 ni apa yg jadi pada bayi saya dan tubuh saya....
*
*
*
Bayi :-
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh saya :-
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Monday, February 7, 2011

Sedap rupanya bila "strawberry" tu manis...

from KOREA...

baki yang tinggal....

Sejak akhir2 ni sungguh lain macam permintaan saya..
pulak tu kalau minta tak ada na pikir panjang..
main sebut jer,pastu En Hubby kena adakan...
dan permintaan saya kali ni...
Buah strawberry...niatnya nak hilangkan rasa tekak yg tak sedap ni...
dan untuk pertama kalinya saya dapat menikmati rasa strawberry yang manis...
sedap rupanya...
boleh tak pas habis ni nak minta lagi..
dengan alasan...
pembawakan budak...
hehhehehe....

Monday, January 31, 2011

Bakal ada ahli baru dalam keluarga kami!!!

Last N3 untuk Januari...
kat sini saya nak kongsi kegembiraan kami sekeluarga...
Perkhabaran gembira...
Syukur alhamdulillah....
Rezeki kami sekeluarga tahun ni..
Kalau awal tahun lepas kami dianugerahinya seketika...
Tahun ni kami diberi lagi...
Kali ni harap sangat ianya berkekalan...
Doakan semuanya berjalan lancar....
dan doakan juga mama yg membawanya pun oK..oK sajer...
walaupun buat masa ni sebenarnya keadaan tak berapa nak ok...
Sebab morning sickness tak seperti sebelum2 ni...
ye ker???
huhuuhuh...kata orang lain anak lain pembawakan nya yer...
pasni pasti ada banyak n3 mengenai "pregnancy"
tu pun kalau larat.....
mesti larat,sebab pasni pemikiran finas 2kali ganda...
hahahhaha...

detik hati:- teruja tu sedah pasti,tapi mgapa ada perasaan takut....

Saturday, January 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU AYU&ZAQUAN

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ayu Raudah & Zaquan
Dengan sekali lafaz pasangan selebriti ini sah bergelar suami isteri

pic dr mStar

pic dr mStar



Tuesday, January 11, 2011

LYNN BURSDAY GIWEAWAY!!!!!

saya telah di tag oleh Kak ANN
2nd time join GA..
GA nie adalah 1st Give Away Kak Lynn
Sempena BURSDAY yg ke-35
Untuk Kak Lynn,selamat ulangtahun...

Finas nak TAG...

ashbul de'lite
rose-lina
fuzy
(DUE DATE: 20012011)

Saturday, January 8, 2011

AIMAN NAbil 1st day @Genius Aulad

Alhamdulillah....
05012011 Aiman Nabil dah masuk alam persekolahan
Perasaan...
GEMBIRA, BIMBANG & TAKUT
mungkin semua ibubapa ada perasaan macam ni kot...
jom tgok mcm mana hari pertama Aiman Nabil
Jom layanzzzzzz

breakfast time!!!
merempit ke sekolahaction 1...
action2...nak g check ayah...
action3,leka seketika...
action4, tekun dan keadaan kaki bersedia nak g pada ayah

Detik hati:- belajar rajin2 yer anak mama..