Followers

Wednesday, December 12, 2012

Apa ada pada 12.12.12??

12.12.12 - Tarikh yang cantik yer!Tapi apa ada pada tarikh ni?Mungkin ada sesuatu yang istimewa pada mereka diluar sana.Begitu juga dengan saya dan keluarga,sebabnya kalau betul yang dijangka kan saya akan mendapat anak buah pada tarikh ni.Dan ini bermakna saya akan menjadi makcik.Makcik??Mama Inas la,baru nampak muda remaja.Tak sedar diri sungguh..hahahaa... Sebenarnya seluruh ahli keluarga menunggu dengan teruja..Yerlah kalau betul adik saya bersalin pada tarikh ini memang rezeki sebab tarikh yang cantik sebab lepas ni mana nak ada tarikh berganda macam ni..Tapi walau apapun tarikhnya tak kisah la,cuma kalau betul baby kuar on time dah kira rezeki.Tapi kalau baby tak kuar ikut jangkaan pun tak kisah,janji baby sihat dan adik saya selamat bersalin.Apa ada pada nombor ye...:)Teringat kata kawan saya yang bersalin lewat dari tarikh jangkaan,katanya baby lum habis berunding di dalam... :)

Saturday, December 1, 2012

Sepantas Masa


Masa berlalu begitu pantas..Kalau melihat gambar anak-anak semasa kecil hati mama ini boleh rasa sebak dengan tiba-tiba.Terasa ingin memutarkan masa,terasa ingin melakukan segalanya yang terbaik untuk mereka.Kadang-kadang hilang sabar juga melayan mereka.Almaklum la anak lelaki,lasaknya lain..Tapi bila difikirkan kembali mana ada anak kecil esp lelaki yang tak lasak dan nakal.So peduli pada kata orang yang membezakan anak saya dan anak mereka.Kerana semua anak tidak sama.Tetapi yang samakan mereka adalah,mereka adalah amanah dan harta yang berharga yang diamanatkan olehNya kepada kita...


abang adik ketika kecil
Dengan Pak Su

Thursday, November 29, 2012

Rindu.....

Rindu rasanya nak berblog,sekarang banyak jadi silent reader jer.Tanpa meninggalkan jejak.Keadaan sekarang tidak mengizinkan saya berblog sangat.Kekangan masa yang melampau.Masa yang ada memang terlalu berharga kerana perlu dibahagikan dgn macam-macam urusan dan tugasan saya sebagai seorang mama,isteri dan anak.Dan keadaan ini juga disebabkan oleh...........
.
.
.
.
.
Si kecil ini semakin besar dan pandai menjerit,setahun sudah..
Abang-Abang yang semakin membesar & pandai bawa diri..

Kalau boleh nak jadi Super Mama yang boleh buat kerja dengan pantas.Bila anak kecil semakin membesar memang agak kucar kacir sikit keadaan nya.Kerana mood budak ni tak leh dijangka,waktu tidurnya pun tak tentu.Kalau nak tidurkan sikecil memang berposak,jangan ingat lepas bf dia nak tidur.Time tu Tuhan jer tahuperasaan mama ini..huhuhu....Tapi saya tetap bersyukur kerana keutamaan saya tetap diutamakan.Kalau ada rezeki dan bila si kecil ni semakin besar mungkin keinginan ini boleh di sambung kembali.Kerana sekarang bukan sahaja tertumpu pada sikecil ini sahaja tetapi pada 2abang si kecil yang akan bersekolah ditahun hadapan.Keadaan semakin mencabar.Kerana saat-saat ini memang berharga kerana ianya tidak dapat diputarkan kembali kalau kita mengabaikannya.Ada rezeki ada masa saya akan kembali... :)


Friday, June 8, 2012

EURO 2012

Kepada mereka yang mempunyai suami "kaki bola" kena la terima hakikat bahawa musim" makan bola tidur bola" akan bermula.EURO 2012 akan bermula dari 8Jun dan berakhir pada 1Julai.So sepanjang tarikh tu kena tido sorang2 jangan nak tarik muka lak yer.....Kalau nak lagi manis jom kita sama2 temankan suami kita tengok bola.So tak ada la kita tido sorang2.Kalau tak dapat teman sepanjang 90min masa perlawanan tu dapat teman separuh jalan pun ok...At least nampak kita sokong minat dia gak kan....Pandai jer,dah macam pakar motivasi pulak yer

Lepas ni tak risau la tentang keselamatan rumah sebab sepanjang 3minggu ni dah macam ada pak guard yang jaga rumah tengah malam...

Thursday, June 7, 2012

Selamat Hari Lahir AdeQ....

Minggu lepas saya bawa mak naik ke Kuala Lumpur semata-mata nak buat suprise dekat adik.Walaupun sebenarnya suprise ni tak menjadi sebab mak dah terbocorkan rahsia yang kami akan ke sana pada adeQ.Sebab selalunya dia yang akan buat suprise setiap kali besday kami.Dan kemana destinasi kami semasa sambut besday adeQ tu..biar gambar yang beritahu...
AdeQ ,Ma & Naufal ( suami adeq tak join sbb bekerja)
Keluarga kami

Selamat Hari Lahir untuk adeQ.Tahun ni sambut besday dengan 2tittle,sebagai seorang isteri dan mother to be....Sekejap je masa berlalu masing2 dah berkeluarga...Sayang adeQ sangat2....

Saturday, May 19, 2012

Keputusan Akhir MANIA....

Malam ni Konsert Akhir Mania...Wargh masing-masing berebut nak dapatkan gelaran SUPERSTAR Mania yang pertama..sebab hadiahnya antara hadiah kedua lumayan,sebelum ni RM1.0M(rancangan terbitan TV3)...kali ni RM500k.Banyak tu... dan keputusannya...

Superstar MANIA - Hafiz ,( RM500K )
Tempat Kedua - Stacy ( RM 200K )
Tempat Ketiga - Jacklyn Victor ( RM100K )

Dan Ahmad Dhani dapat gak RM300K.Banyak tu.dan sebenarnya xtgok pun konsert akhir ni,tgok masa announce je....Layan bola Kelantan vs Sime Darby.Kelantan menang....

psssttt:- layan jer la...

Pening lalat...

Dah lama sangat tak hapdet bila buka jer account dah terkebil2...

yang dulunya pun tak pandai yang baru ni lagi la tak pandai...Puas godektekan sana tekan sini..Buat2macam pandai je la yer...

pstttt:- pelan pelan kayuh yer....

Sunday, March 4, 2012

Ayra jatuh katil.......


Pagi ni dalam sejarah..sebab Ayra jatuh katil.Kalau boleh putarkan masa nak je pg ke masa sblm Ayra gedebuk.Rasa bersalah makin menebal bila Ayra jatuh tanpa sebarang alas dibawah tu.Kalau di flash back benda ni terlalu pantas.Mama cuma bergerak nak letak barang di meja solek.Tiba2 terdengar Ayra dah jatuh...huwaaaaaaa...kemain kuat lagi Ayra menangis.Mesti sakit,mahu tak sakit sbb air mata dah berjurai-jurai.Moga Allah melindungi anak comel saya ni dari sebarang keburukkan...Cuai sungguh mama kamu ni yer.Mama minta maaf yer sayang...So mama pasni jangan lalai yer bila nak handle anak kecil..

Saturday, March 3, 2012

Cahaya Malaika penyeri hidup Mawi & Ekin

Tahniah buat Cik Mawi AF3 dan Cik Ekin atas kehadiran puteri sulong mereka...Lengkap sudah kehidupan mereka berumahtangga setelah kehadiran cahayamata.

Sedikit info mengenai Cahaya Malaika
*Cahaya Malaika bermaksud Cahaya Permaisuri
*lahir pada 28 Februari 2012 jam 4.00pagi
*berat semasa dilahirkan 2.8kg dan dilahirkan secara normal
*dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur Hasanah,Bangi


Abi dan Cahaya Malaika
Lena dibuai mimpi...comel...

** sumber murai & Astro

Sunday, January 29, 2012

1Hari 1Resipi


Saya dah ada...
1Hari 1Resipi by Chef Hanieliza
Bagi mereka yang amatur mmg sesuai guna buku ni....
Saya bagi 5bintang.....

Pssttt:- 1untuk adik dan 1untuk akak...tQ adik...

Saturday, January 28, 2012

Bungkusan.....

Masih dalam bungkusan.....

Sangat gembira sebab bungkusan yang dinanti telah pun selamat tiba....
Sebenarnya barang ni dapat minggu lepas...
Hari ni baru nak story....lambat...
Apakah barang yang membuat saya gembira yer....
*
*
*
*
*
*
Barangnya ialah.....

Breast pump....

psssttt:- Dapat mengepam dengan gembira....

Friday, January 27, 2012

Gaya Yang Mana Ye....

Masa mula-mula tgok pic ni tergelak gak...
Sebab ni adalah satu fenomena yang normal bagi mereka yang tidur bersama2 dgn anak
Tu kalau sorang yang tido sekali kalau dah ada 3orang macam mana gaya nya...
Gaya yang mana satu jadi pilihan yer....

Pssstttt :- Macam mana nak asingkan anak dari tidur dgn kita yer....masalah gak tu...

Thursday, January 26, 2012

Terima Kasih...

36pcs breast pad
dapat fridge magnet lagi....

2hari lepas dapat breast pad percuma dr rakan blogger..
Rezeki saya,kenal cuma dari alam maya...
Menjadi rakan sms masa sama2 menjalani tempoh berpantang...
tQ yer Rose...

Saturday, January 21, 2012

Balik Kampung.....

Pagi ni masa N3 ni dibaca kami akan balik kampung...
Macam jauh sangat yer kampung tu...
Saya dan keluarga akan balik Batu Pahat....

Mode:- Nyanyi lagu balik kampung.....

Meniarap - 4months

Kasih+Sayang=Kebahagiaan
Ayra - Pelengkap

Just nak share perkembangan Ayra...
Ayra offically meniarap semalam..
Puteri saya sudah semakin membesar...
Sekarang ni terasa masa berlalu dengan pantasnya...
Melihat tumbesaran anak2 yang rasanya baru semalam dilahirkan...
Alhamdulillah pada yang Maha Esa sebab memberi saya dan keluarga Anugerah yang besar ini...
Memberi saya peluang dan nikmat merasai detik2 sebagai seorang ibu...
Syukur padamu Ya Allah...

Pssstttt :- Sambil hapdet blog sambil tgok anak2 tido...bahagianya....

Friday, January 6, 2012

Check-Up Ayra-3months

Semalam bawa Ayra pergi klinik
Sepatutnya check-up Ayra pada 19122011
Tapi oleh kerana time tu dah ada kat kg,uruskan majlis perkahwinan Mama Su Ayra
Pada 05012012 baru dapat bawa Ayra pergi check-up
Terasa dah lewat sangat bawa Ayra check-up
Time pergi check-up tu Ayra dah 3bulan 3minggu....ngeeee...
Dan minggu depan Ayra dah masuk 4bulan.....weeeee....
Sib baik masa check-up tu nurse ok jer...
Kalau nurse marah pun terima mmg salah Mama Ayra gak sebab bawa lambat sangat..
Time paling xcited bile nak timbang Ayra, Alhamdulillah berat Ayra dah 5.2kg naik 1kg
Seperti biasa bulan yg ke-3 Ayra kena cucuk lagi..

Ayra pas kena cucuk...sedey jer
Mama Ayra nak inteprem juga...
ZzzzZZZzzz.......
Hasil perahan pertama untuk 2012.....

Sunday, January 1, 2012

Benarkah Siti Nurhaliza HAMIL?

Kalau benar bagai di baca.Siti Nurhaliza dikatakan mengumumkan yang beliau mengandung selepas membuat persembahan countdown di Singapura.Kalau ianya benar,tahniah buat Siti Nurhaliza.Harap cerita ini benar belaka...


Sumber dari

Selamat Datang 2012

Semakin hari semakin pantas masa berlalu,
Rasanya baru semalam je menyambut tahun baru 2011,
Tahun 2011 sudah melabuhkan tirainya,Semoga lembaran baru 2012 ini memberi seribu kemanisan dan kebaikkan kepada kita semua.