12.12.12 - Tarikh yang cantik yer!Tapi apa ada pada tarikh ni?Mungkin ada sesuatu yang istimewa pada mereka diluar sana.Begitu juga dengan saya dan keluarga,sebabnya kalau betul yang dijangka kan saya akan mendapat anak buah pada tarikh ni.Dan ini bermakna saya akan menjadi makcik.Makcik??Mama Inas la,baru nampak muda remaja.Tak sedar diri sungguh..hahahaa... Sebenarnya seluruh ahli keluarga menunggu dengan teruja..Yerlah kalau betul adik saya bersalin pada tarikh ini memang rezeki sebab tarikh yang cantik sebab lepas ni mana nak ada tarikh berganda macam ni..Tapi walau apapun tarikhnya tak kisah la,cuma kalau betul baby kuar on time dah kira rezeki.Tapi kalau baby tak kuar ikut jangkaan pun tak kisah,janji baby sihat dan adik saya selamat bersalin.Apa ada pada nombor ye...:)Teringat kata kawan saya yang bersalin lewat dari tarikh jangkaan,katanya baby lum habis berunding di dalam... :)
Wednesday, December 12, 2012
Saturday, December 1, 2012
Sepantas Masa
Masa berlalu begitu pantas..Kalau melihat gambar anak-anak semasa kecil hati mama ini boleh rasa sebak dengan tiba-tiba.Terasa ingin memutarkan masa,terasa ingin melakukan segalanya yang terbaik untuk mereka.Kadang-kadang hilang sabar juga melayan mereka.Almaklum la anak lelaki,lasaknya lain..Tapi bila difikirkan kembali mana ada anak kecil esp lelaki yang tak lasak dan nakal.So peduli pada kata orang yang membezakan anak saya dan anak mereka.Kerana semua anak tidak sama.Tetapi yang samakan mereka adalah,mereka adalah amanah dan harta yang berharga yang diamanatkan olehNya kepada kita...
abang adik ketika kecil |
Dengan Pak Su |
Label:
Aiman Nabil,
Ameer Naufal
Subscribe to:
Posts (Atom)