Followers

Friday, March 18, 2011

Man Juara RAJA LAWAK5

Raja Lawak musim ke5 dah melabuhkan tirainya...
Man telah dinobatkan sebagai JUARA musim ke5,
Manakala NAIB JUARA jatuh kepada R2,
Dan tempat ke-3 BALAS...
Tahniah kepada mereka ini....

*
*
JUARA RL5

Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim
Nama Tipu: Man
Umur: 33
Asal: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Kerani
Pengalaman: 5 tahun berturut turut pergi ujibakat Raja Lawak
Kebolehan selain melawak: Menari, menyanyi dan berlakon
Pelawak kegemaran: P.Ramlee kerana dia serba boleh

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Selain untuk mengubah nasib, saya ingin mengenali perwatakan diri sebenar dan keluarkan kebolehan yang ada

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda? Spider
man. Boleh tengok suasana indah dari tempat yang tinggi

Apakah cita cita anda sewaktu kecil: Ingin berjaya dan sukses dakam hidup
Bila anda mula menyedari kebolehan melawak? Selepas sekolah dan bila lepak ramai ramai di kedai mamak

NAIB JUARA
Nama Kumpulan: R2
Nama Sebenar: Rahim Bin Mat Ali, Ridhzuan Bin Mat Ali
Nama Tipu: Aim, Lopez
Umur: Aim (40), Lopez (21)
Asal: Klang
Status: Aim (Berkahwin), Lopez (Bujang)
Pekerjaan: Aim (Penyelia), Lopez (Pembantu Operasi)
Pengalaman: Aim: Soalan terlalu general, malu nak cerita
Lopez: Pengalaman cinta? Hehehe...

Kebolehan selain melawak: Menyanyi. Setakat ada bunyi jelah, kalau bagus dah lama masuk AF
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki dan Harith Iskandar. Stand Up komendi yang bersahaja

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat dan ingin melihat sejauh mana bakat ini boleh pergi dan Raja Lawak adalah platform yang baik

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?: Tak kira hero yang mana. Asalkan boleh terbang. Rimas sangat dengan keadaan jem yang teruk sekarang ini.

Ke-3

Nama Kumpulan: Balas
Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad, Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar
Nama Tipu: Fendi, Shuk
Umur: Fendi (25), Shuk (24)
Asal: Pulau Pinang
Status: Bujang
Pekerjaan: Fendi (Berniaga), Shuk (Belajar)

Pengalaman: Lemas dalam kolam cetek (Shuk) Selamatkan Shuk yang lemas tadi (Fendi)

Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar (Shuk), Menukar siaran TV dengan pantas (Fendi)

Pelawak kegemaran: Stephen Chow. Kerana idea lawak yang lain daripada yang lain

Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda? Ultraman


**info kredit to murai.com.my

2 comments:

Chekgu Azrine said...

suka tengok ke Raja Lawak

saya tak sempat nak nengok..

hehehe..

salam singgah dan salam perkenalan..

http://azrinzfamily.blogspot.com

finas said...

dah nak akhir ni baru layan RL...masa awal2 mmg tak ikut pun..sbb tgh mabuk....